Kenapa Fanny masuk dalam meta? Ini jawapannya dan cara ‘counter’

Seringkali di rank, kita akan kerap berjumpa dengan pengguna Fanny. Tidak tahan dengan hero ini yang dikatakan terlalu kuat, ramai memilih untuk ban termasuklah di rank Mythic dan Mythical Glory.

Kenapa Fanny selalu kena ban? Sebelum ini hero yang lincah dan tangkas ini hanya dimainkan oleh streamer seperti Xorn ataupun pemain seperti JujuSoya.

Walaupun sukar untuk memainkannya, siapa yang jari laju, mudah hafal peta dan tahu bagaimana nak gunakan energy boleh memanfaatkan kelebihan Fanny sebagai salah satu assassin terkuat di Land of Dawn.

Ini jawapannya kenapa Fanny berada dalam meta di MPL dan kenapa kerap dikenakan ban.

Mengikut nota kemaskini patch 1.6.50 pada 20 Januari, Fanny menerima buff yang agak ketara:

[Fanny](↑)

Fanny kini boleh zoom sekeliling dengan lebih bebas

[Atribut](↑)

Energy Regen di tempat spawn (Fountain) dinaikkan dengan cepat. Ini bermakna Fanny boleh menghalang musuh dari terus push terus ke arah base.

[Skill 2](↑)

Yang ini adalah perubahan paling penting di mana kos energy berkurangan dari 1 kini menjadi 2. Ini bermakna Fanny boleh terbang dengan lebih kerap di Land of Dawn.

Jadi tidak hairanlah walaupun dah hampir sebulan, Fanny tetap ‘sakit’ dan selalu dimainkan oleh pemain-pemain dengan refleks yang pantas.

Di MPL juga, peluang digunakan sebagai mungkin contohnya LinkEzaa dan Zaed yang tangkas bermain hero ini.

Macam mana nak counter fanny?

Khufra – Hero tank ini mempunyai kuasa Bouncing Ball yang boleh menghalang Fanny melarikan diri dan Tyrant’s Rage yang mengunci pergerakan Fanny.

Franco – Pengguna yang bijak boleh menarik Fanny dari blind spot dan menggunakan ulti lalu Assassin itu tidak dapat bergerak dan akan diserang hero-hero lain.

Eudora – Kelebihan Eudora adalah kuasa pegun dan ulti yang tersangat sakit. Namun, di late game Fanny boleh membeli Athena’s Shield untuk menepis magic damage itu. Pun begitu, full magic damage Eudora adalah sangat berbahaya.

@mygameondotmy Bila LinkEzaa main Fanny. #mpl #mlbb #fanny #mikasa #kakigaming #mobilelegend #fyp #aot #attackontitanseason4 ♬ Paro Paro G – DJ Sandy

RELATED NEWS

+