Kesemua pasukan dalam VCT APAC Last Chance Qualifier – VALORANT

Selepas berakhirnya Masters Copenhagen, kini fokus akan diberikan untuk juara seterusnya.

Di APAC, pasukan Paper Rex dan Xerxia sudah pun layak dan kini masih ada satu slot sahaja lagi untuk dipertandingkan.

10 pasukan dari APAC akan mengambil peluang terakhir untuk berlawan di APAC LCQ yang akan bermula 1-7 Ogos ini.

9 pasukan dari Asia Tenggara sudah layak ke APAC LCQ mengikut jumlah mata Circuit Points sepanjang VALORANT Champions Tour 2022 termasuk satu pasukan dari Oceania.

Pasukan-pasukan ini adalah:

● Bleed Esports (Singapura)
● ONIC Esports (Indonesia)
● BOOM Esports (Indonesia)
● Made in Thailand (Thailand)
● Team Secret (Filipina)
● Fancy United Esports (Vietnam)
● Griffin Esports (Hong Kong / Taiwan)
● CERBERUS Esports (Vietnam)
● Alter Ego (Indonesia)
● ORDER (Oceania)

Format Pertandingan

10 pasukan yang layak ke APAC LCQ akan bertanding secara double elimination yang akan berlangsung selama satu minggu bermula 1-7 Ogos sehingga tinggal satu pasukan juara sahaja.

Juara akan menyertai Paper Rex dan Xerxia untuk APAC di Istanbul.

APAC LCQ akan bermula pada 1 petang mengikut masa tempatan.

Siapakah yang bakal menjadi juara untuk slot terakhir ini?

Untuk boleh menonton perlawanan ini di Twitch, Youtube dan Facebook.

RELATED NEWS

+