KHI bubarkan pasukan PUBG Mobile mereka

Organisasi e-sukan Filipina, KHI Esports mengumumkan pembubaran pasukan PUBG Mobile mereka, dua hari lepas.

Dalam satu posting ringkas di Facebook, mereka mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli dan mengharapkan yang terbaik untuk mereka.

Sebelum ini, KHI Esports mendapat tempat yang corot iaitu kedudukan ke-19 dengan bonus 19 mata di PMPL MYSGPH musim kelima.

Sementara itu pasukan Singapura, ALMGHTY di kedudukan tercorot dengan hanya enam mata.

Liga itu menyaksikan Yoodo Alliance 4 Rivals, Dingoz Esports dan Farang Lejund berjaya layak ke peringkat Asia Tenggara, Mei ini.

RELATED NEWS

+