Kolaborasi Infinix Malaysia dan Mobile Legends memperkenalkan NOTE 12 2023

Infinix antara jenama telefon mudah alih yang membangun pesat dalam dunia mengumumkan kolaborasi untuk Xfans Malaysia dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Bersempena acara terbesar MLBB M4 World Championship, Infinix Malaysia akan mengeluarkan NOTE 12 2023 dengan pakej MLBB Light Chaser Beatrix.

Telefon ini mempunyai bateri dengan kapasiti tinggi, 5000mAH dengan pengecasan pantas 33W.

Walaupun dengan bateri besar, telefon ini masih mengekalkan rekaan yang cantik dengan hanya 7.8mm dan seberat 192.5 gram sahaja untuk keselesaan anda.

Monster Gaming Kit

Infinix juga memasukkan identiti mereka tersendiri iaitu Monster Gaming Kit dalam NOTE 12 2023 yang mempunyai XArena (tingkatkan prestasi permainan video), kenaikan prestasi grafik, Sistem Linear Motor Tactile dengan 4D Vibration, Sistem Penyejuk 10-lapis Graphite, dwi-pembesar suara dengan Hi-Res dan DTS.

Sudah semestinya teknologi ini akan memberi anda pengalaman bermain permainan video terbaik bebas lag dan kepanasan.

Sistem gyro terbaru juga digunakan untuk telefon ini.

Skrin 6.7″ FHD+True Colour AMOLED

NOTE 12 2o23 mempunyai skrin sebesar 6.7″ dengan FHD True Color AMOLED yang sesuai untuk tindak balas pantas anda bermain permainan video.

Kejohanan dunia MLBB, M4 sudah pun bermula pada 1 Januari lepas dan bakal berakhir pada 15 Januari ini.

Para peminat di Malaysiaa juga boleh perggi ke watch party di HomeBois Pitstop di Kuala Lumpur atau tonton secara atas talian di laman rasmi MLBB – TikTok, YouTube, dan Facebook.

Anda boleh mendapatkan telefon ini bermula dengan harga RM799 dan RM899.

Untuk maklumat lanjut NOTE 12 2023 M4, anda boleh melayari laman rasmi Infinix.

RELATED NEWS

+