Koleksi Run It Back 2.0 didedahkan untuk pemain VALORANT

Pemain VALORANT biasanya akan menerima koleksi kostum senjata baharu setiap 2 minggu dan jika permain terlepas untuk membeli koleksi yang ditawarkan, maka pemain terpaksa menunggu kostum yang diinginkan untuk muncul di gedung permainan itu.

Tetapi, Riot Games mengumpulkan maklumat tentang kostum yang paling diinginkan oleh komuniti dan mengumpulkan kostum-kostum itu ke koleksi Run It Back.

Sebagai contoh, Run It Back pertama di Valorant menawarkan beberapa kostum menarik yang diminta oleh komuniti pemain seperti Oni Phantom, Spline Operator, Prime Spectre, Nebula Ares dan Sovereign Ghost.

Kini, menurut seorang pengguna di Twitter, Riot Games bakal melancarkan koleksi Run It Back 2.0 dengan pelbagai kostum menarik yang diminta ramai.

Antara kostum senjata yang akan disertakan dalam koleksi itu adalah Origin Operator, Forsaken Vandal, Tethered Realms Ghost, Prime Odin, dan Recon Spectre.

Koleksi ini mungkin akan bernilai sebanyak 5945 VALORANT Points iaitu sekitar RM160 jika dibeli sekali gus. 

Buat masa ini, kita hanya boleh menunggu Riot Games untuk mengumumkan tarikh pelancaran dan harga koleksi senjata ini.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+