Kuja menerima jawatan di RSG Slate SG untuk menimba ilmu

Jurulatih RSG Slate SG, Kuja menerima jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Singapura itu kerana mahu menimba ilmu di peringkat antarabangsa.

Kuja menjelaskan kepada MyGameOn bahawa dia menerima tawaran daripada pihak pengurusan RSG untuk melatihkan pasukan itu.

Ini selepas jurulatih mereka, SaintDeLucaz meninggalkan pasukan itu kerana mahu memberi fokus kepada keluarganya.

“Saya menerima jawatan ini untuk saya menimba ilmu di kancah antarabangsa,” menurut Kuja.

Beliau turut menyatakan bahawa pemain RSG Slate SG menerima baik kehadirannya sebagai jurulatih baharu.

Kuja mahu memecahkan tradisi RSG Slate SG di Mobile Legends: Southeast Asia Cup (MSC) 2023 kerana sebelum ini mereka hanya menamatkan saingan mereka di tangga ketujuh dan kelapan.

“Sasaran peribadi saya adalah Top 4 secara realistik, Kalau mampu juara pasti saya mahu,” kata Kuja.

Kuja tidak akan pulang semula ke RSG Slate MY kerana dia diberikan tawaran untuk melatih RSG Slate SG pada musim hadapan untuk menghadapi saingan di Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Singapura.

“Saya masih belum membuat keputusan untuk menyertai mereka pada musim MPL yang akan datang” tambah Kuja.

Kuja merupakan jurulatih pertama dari Malaysia untuk melatih pasukan luar negara iaitu RSG Slate SG.

 

RELATED NEWS

+