“Saya memang tak kisah pasal game Battle Royale sekarang,” – Shroud

Streamer popular di Twitch, Michael Grzesiek atau Shroud mengatakan dia sudah hilang minat terhadap genre permainan Battle Royale.

Menurut laporan DotEsports, Shroud berkata demikian dalam satu penstriman langsung. Sebelum ini, dia sudah memainkan permainan video seperti Call of Duty: Warzone dan Escape from Tarkov.

“Tidak. Saya memang tak minat Battle Royale sekarang. Saya tak kisah pun dengan genre ini, ia adalah satu-satunya perkara yang buat saya menjauhkan diri,” katanya ketika penstriman Apex Legends.

Katanya, genre ini dirasakan bosan kerana terlalu popular beberapa tahun lalu dan banyak permainan dihasilkan menerusinya. 

“Permainan ini berkongsi satu formula sama,” ujarnya.

Bekas pemain CS:GO ini juga pernah mengatakan pada Februari lalu yang Battle Royale adalah teruk.

“Format ini sangat menjengkelkan. Melainkan kalau ada orang mencipta format baru tapi sekarang format BR menyakitkan hati saya,” katanya.

Mengikut statistik, Shroud bermain Lost Ark (111 jam), The Cycle: Frontier (28 jam) dan VALORANT (20 jam). Pada 30 hari kebelakangan, bekas pemain Cloud 9 ini mengurangkan stream Battle Royale.

Sumber: Dotesports

RELATED NEWS

+