Leaker Genshin Impact di negara China disaman sebanyak RM320 ribu

MiHoYo tidak akan berkompromi untuk menyaman pemain-pemain permainan video mereka yang telah membocorkan apa-apa maklumat mengenai beta testing. Ini bukan pertama kali miHoYo menyaman pemain yang melanggar perjanjian ini.

Pemain beta-tester Genshin Impact yang digelar Uncle Truly sudah mendapat surat peguam dari miHoYo dengan bayaran saman sebanyak 500k Yuan iaitu sebanyak RM320 ribu.

Uncle Truly memberitahu akaun Genshin Impact miliknya telah dirampas tetapi akaun Baidu masih menjadi miliknya. Uncle Truly memberitahu dia telah bersetuju dan menandatangi Perjanjian Tanpa Pendedahan (NDA). Menyesal sahaja tidak berguna, Uncle Truly akan mengambil tanggungjawab atas kesalahan dirinya sendiri.

Uncle Truly juga telah memohon maaf atas kesalahan ini yang telah memberi keluarganya berbagai masalah. Uncle Truly juga memberi pesanan untuk pemain lain yang menjadi leaker supaya tidak akan melakukan kesilapan yang sama.

Beliau ditangkap bersalah oleh miHoYo akibat mendedahkan tiga perkara yang membuat miHoYo membuka siasatan ke atas akaunnya.

Namun, nasib Uncle Truly adalah baik kerana dia telah membayar sebanyak 100k Yuan iaitu sebanyak RM64k kepada miHoYo dan miHoYo telah menjanjikan untuk menjaga air muka dan masa depan Uncle Truly untuk tidak meneruskan lagi saman itu.

Rujukan: Teiba, Reddit

RELATED NEWS

+