“Lebih baik saya undur diri dari komuniti MLBB buat sementara waktu,” – Pak AP, CEO RRQ

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan RRQ iaitu Andrian Pauline atau lebih mesra disapa sebagai Pak AP membuat pengumuman untuk mengundurkan diri dari dunia MLBB buat sementara waktu.

Pengumuman itu dibuat melalui satu pautan video yang dimuat naik oleh akaun Youtube Team RRQ. Pak AP memaklumkan dia merasakan satu kehilangan disebabkan EVOS gagal untuk lolos walaupun RRQ Hoshi berjaya mendapat slot ke upper bracket.

“Beberapa hari ini, saya berfikir tentang kami berjaya ke upper bracket dan saya akan berasa lega kerana lawan kami tidak berjaya. Namun begitu, saya mempunyai perasaan seperti terasa kehilangan kerana EVOS Legends tidak dapat bermain di playoff,” ujarnya.

Pak AP juga menunjukkan tanda hormat terutamanya kepada peminat pasukan EVOS (EVOS Fams). Menurutnya, perasaan kecewa itu ada jika pasukan kita tidak dapat keputusan yang terbaik.

“Tanda hormat kepada EVOS, terutamanya EVOS Fams. Saya juga pernah rasa kecewa ketika pasukan saya tidak mendapatkan keputusan yang baik namun anda harus percaya EVOS masih mempunyai peluang selepas ini. 

“Kami sangat untung ada peminat kami (RRQ Kingdom) yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami tidak kira kami di atas atau bawah.

“Saya ingin meminta maaf jika ada kata-kata atau perbuatan saya yang menyinggung perasaan sesiapa. Saya tidak berniat untuk menghina, merendahkan EVOS dengan pencapaian mereka,” kata Pak AP.

Antara sebab Pak AP ingin mengundurkan diri adalah kerana terlalu banyak kecaman yang diberikan dan sering dilabel sebagai pencentus provokasi melalui kata-katanya di dalam siaran langsung.

“Mungkin ada baiknya jika saya mengundurkan diri terlebih dahulu dari komuniti MLBB kerana dengan tiadanya saya di dalam komuniti, mungkin tidak akan ada provokasi yang berlaku,” akhirinya.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+