LeBron James mendarat di Fortnite bermula esok

Dua hari sebelum Space Jam: A New Legacy ditayangkan di Amerika Syarikat, LeBron James menjadi bintang seterusnya yang menyertai koleksi skin istimewa Fortnite. Epic akan mula menjual dua skin istimewa bertemakan LeBron James bermula 14 Julai, yang inspirasikan daripada filem animasi itu. 

Sumber: Fortnite

Dua skin dan aksesori tambahan bertemakan bintang itu juga boleh didapatkan secara berasingan, atau dalam bundle – bersama emote dan skrin loading istimewa.

Skin pertama menampilkan LeBron James dalam blazer. hoodie, seluar pendek dan kemeja dan tali leher. Manakala skin kedua bertemakan Tune Squad daripada filem animasi Space Jams: The New Legacy, iaitu jersi yang pakainya dan pakaian bertemakan Tacos Tuesday.

LeBron James bukanlah bintang pertama yang muncul di Fortnite. Sebelum ini, penyanyi rap Travis Scott dan bintang Esukan Tyler “Ninja” Blevins pernah mendapat skin istimewa di permainan itu. 

Sumber: Fortnite, The Verge, Engadget

RELATED NEWS

+