‘berang’ selepas diperli pembangun dalam permainan itu. Namun, kini pemain melaporkan bahawa mereka digantung jika nama akaun mereka terdapat perkataan ‘fart‘ atau ‘kentut’."> ‘berang’ selepas diperli pembangun dalam permainan itu. Namun, kini pemain melaporkan bahawa mereka digantung jika nama akaun mereka terdapat perkataan ‘fart‘ atau ‘kentut’." /> ‘berang’ selepas diperli pembangun dalam permainan itu. Namun, kini pemain melaporkan bahawa mereka digantung jika nama akaun mereka terdapat perkataan ‘fart‘ atau ‘kentut’." />

Letak nama “kentut”, New World akan menggantungkan akaun anda secara kekal

Kebelakangan ini, kita digemparkan dengan berita bahawa pemain ‘berang’ selepas diperli pembangun dalam permainan itu. Namun, kini pemain melaporkan bahawa mereka digantung jika nama akaun mereka terdapat perkataan ‘fart‘ atau ‘kentut’.

Menurut sebuah kicauan di Twitter yang kemudiannya dikongsi kepada Reddit, seorang pemain melaporkan bahawa akaun mereka digantung secara kekal kerana menggunakan perkataan ‘kentut’ dalam nama watak mereka.

Reaksi pemain bercampur-campur terhadap isu ini, tetapi hampir semua pemain tidak menerima alasan penggantungan itu. tangkap layar nampaknya menunjukkan Amazon mengesahkan bahawa kentut adalah ayat yang tidak sesuai dalam nama pemain.

Malah, ada pemain yang membandingkan nama ‘kentut’ dengan perkataan ‘poop’ yang bermaksud ‘najis’. Tetapi pelik pula, Amazon tidak menganggap ‘poop’ sebagai perkataan yang tidak sesuai.

Walaupun isu nama ‘kentut’ kelihatan remeh, ia sebenarnya agak teruk dalam kes ini kerana pemain di atas mendakwa dirinya dikenakan penggantungan kekal. Mungkin Amazon Games Studios akan mengundur keputusan itu selepas dibincangkan olehnya, tetapi buat masa ini tiada pengumuman dari pembangun permainan itu.

Sumber rujukan: Reddit

RELATED NEWS

+