Shroud mendedahkan sebab utama tidak menyertai CSGO atau VALORANT kompetitif

Baru-baru ini, peminat Shroud bertanya kepada beliau jika beliau ingin membangunkan pasukan e-sukannya tersendiri memandangkan beliau juga bekas pemain profesional CSGO beberapa tahun lalu.

Namun, dalam sebuah parti tonton di Twitch dalam salah satu perlawanan VALORANT Challengers Tour, seorang peminat bertanya jika Shroud ingin kembali ke CSGO atau mula bermain VALORANT secara komptetif.

Walaupun peminat merayu bintang itu untuk kembali ke dunia e-sukan, dengan ramai yang memintanya mencipta pasukkannya sendiri, Shroud mendedahkan dengan mengapa bermain di pentas besar tidak menarik minatnya lagi.

“VALORANT terasa agak bagus bermain dalam talian, jadi saya tidak begitu tahu bagaimana perasaannya apabila bermain LAN.

“CS berasa teruk dalam talian. Tetapi permainan ini, pada pendapat saya, berasa jauh lebih baik dalam talian daripada CS. Saya bayangkan di LAN ia akan berasa baik, tetapi saya tidak bayangkan ia berbeza,” katanya.

Shroud juga berkata bahawa beliau mungkin akan menyertai CSGO atau VALORANT secara kompetitif, tetapi buat masa ini beliau tidak berminat untuk bermain secara kompetitif. Beliau juga menerangkan mengapa beliau tidak ingin bermain dua permainan penembak taktikal itu.

“Terlalu banyak kerja, dan saya malas. Dengar sini, kalau saya seorang pemain pro, saya tidak dapat bermain New World dan saya tidak berpuas hati,” jelas beliau tentang sebabnya.

Buat masa ini, Shroud menumpukan masanya dengan mencipta kandungan tentang New World dan VALORANT, mungkin ini juga sebab beliau tidak berminat untuk membangunkan pasukan atau organisasi e-sukannya tersendiri.

RELATED NEWS

+