Memandangkan bilangan perkara yang tidak kena pada New World pada masa ini, tidak menghairankan bahawa kedudukan ulasan terbarunya di Steam sudah menurun kepada ‘Mixed’.
Permainan ini mengalami pelbagai cabaran sejak dilancarkan. Ia bermula dengan kekurangan ruang pelayan pada hari pertama, kepada saga pemindahan pelayan yang berterusan, kepada bermain berterusan tanpa ganjaran, New World bukanlah utopia yang diharapkan orang ramai.
Walaupun bahagian ‘All Reviews’ di Steam masih ‘Mostly Positive’, dengan 72 peratus daripada 155,340 pemain menyukai permainan ini, bahagian ‘Recent Reviews’ adalah sebaliknya dengan hanya 62 peratus daripada 28,744 ulasan dalam tempoh 30 hari yang lalu adalah positif.
Pembangun permainan ini iaitu Amazon Game Studiosbersikap telus tentang isu dan cara mereka menyasarkan untuk menyelesaikannya, tetapi malangnya, lebih banyak masalah nampaknya bertimbun dengan setiap kemas kini baharu.
Baru-baru ini, kemaskini New World’s Into the Void 1.1, yang sepatutnya ‘mendapatkan semula kepercayaan dan membina semula keseronokan’ hanya berjaya melakukan sebaliknya. Kemas kini itu membawa bersama-sama banyak nerf yang pemain tidak diberi amaran terlebih dahulu.
Teknik memperoleh item seperti Myrkgard Elite tiba-tiba menjadi lebih sukar dan lebih lama, dan item yang sudah dimiliki oleh pemain juga disusun semula menjadi sesuatu yang kurang berharga selepas ratusan jam bermain.
Permainan ini juga dibelenggu masalah kritikal seperti mampu menjahanamkan PC anda seperti yang dihadapi oleh penstrim terkenal, Shroud, sebulan lepas. Pemain juga dilaporkan sudah bertawar hati dengan permainan ini jika masalah-masalah berterusan serta janji-janji kosong daripada pembangun permainan.
Sumber rujukan: The Gamer