Facebook rasmi realme Malaysia, Bilibili, dan  TikTok."> Facebook rasmi realme Malaysia, Bilibili, dan  TikTok." /> Facebook rasmi realme Malaysia, Bilibili, dan  TikTok." />

Liga realme peringkat SEA akan bermula pada 24 Jun ini, menawarkan RM8000 kepada pemenang!

Peminat dan pemain PUBG Mobile dijemput untuk menonton liga realme yang akan berlangsung dari 24 Jun hingga 26 Jun di laman Facebook rasmi realme Malaysia, Bilibili, dan  TikTok.

Realme sebagai jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia melakukan kerjasama dengan PUBG Mobile untuk menjayakan kejohanan ini.

Pengarah jenama realme Malaysia, Crystal, meluahkan rasa gembiranya terhadap peminat PUBG Mobile di Malaysia.

“Kami teruja melihat semangat dan sambutan yang kami terima daripada peminat PUBG Mobile Malaysia yang telah mendaftar untuk menyertai Liga PUBG realme.

“Saya tidak menjangkakan untuk melihat keterujaan seperti ini daripada pasukan-pasukan tempatan, dan kami gembira telah menjadi jenama untuk menganjurkan acara yang begitu menarik, sebagai sokongan kepada bakat tempatan dalam komuniti e-sukan,” 

““Kami berharap untuk terus melihat semangat yang diberikan ini, dan kami akan terus menyokong bakat anak muda dalam komuniti e-sukan, dan juga industri lain” katanya.

Realme akan menjemput para strimer dan caster terkenal Malaysia seperti Topcast yang akan menjadi caster untuk liga realme, Master Ramen, Soloz, J Hunters, Afiq Chii and Bella Livestream.

Peminat PUBG Malaysia akan dapat melihat enam pasukan terbaik dari Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam bersaing untuk merebut gelaran juara.

Pasukan Glazer, Team Haq, Todak, Skuad VIP V2, Marlino AllStar, The Academy berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dan menerima hadiah sebanyak RM800.

Tiga pemenang teratas liga PUBG realme akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM8000 dan pelbagai produk realme termasuk telefon pintar siri GT kegemaran peminat.

Jadilah juara anda sendiri, Jadilah realme!

RELATED NEWS

+