Pengurus Besar Esports Indonesia mahu sekat e-sukan yang tidak diiktiraf

Pengurus Besar Esports Indonesia (PBESI) baru-baru ini dikritik warga Indonesia malah luar negara itu.

PBESI membuat peraturan baru mengenai pengeluar permainan video yang perlu mendaftar dan permainan video mereka haruslah diiktiraf oleh PBESI.

Peraturan baru ini juga boleh dibaca di laman utama PBESI berikutan beberapa topik mengenai penajaan, atlet e-sukan dan juga penganjuran pertandingan e-sukan.

Namun, pengguna Twitter bernama Rizki Salminen mendapati peraturan itu nyata hanya menyusahkan dan adalah tidak baik untuk kelestarian e-sukan di serata Indonesia.

Rizki memberitahu PBESI tidak boleh membuat peraturan yang bersifat mengongkong dalam e-sukan.

Sebaliknya e-sukan tidak boleh disekat disebabkan populariti dan perlu dinamik mengikut komuniti.

Image

E-sukan sepatutnya berkembang secara semulajadi dan muncul dari komuniti itu sendiri.

Terdapat juga e-sukan yang diiktiraf namun tidak mendapat populariti.

PBESI mengatakan hanya mereka sahaja yang layak untuk menentukan sesuatu e-sukan permainan video diiktiraf atau tidak.

Mereka sepatutnya tidak boleh menjadi satu-satunya pihak yang mengawal e-sukan sepenuhnya di Indonesia.

Setakat ini masih belum diketahui bahawa peraturan baru ini adalah disahkan oleh undang-undang atau pengeluar permainan video di Indonesia dan luar Indonesia perlu mengikut keputusan PBESI ini.

RELATED NEWS

+