Logitech melancarkan G345 Lightspeed, fon kepala nirwayar sesuai untuk gaming berharga RM299

Fon kepala nirwayar semestinya menjadi pilihan kita yang inginkan pengalaman bermain game dengan selesa. Hari ini, Logitech G melancarkan fon kepala gaming yang paling ringan dan berpatutan.

Dinamakan Logitech G345 Wireless Gaming Headset, ia mempunyai keselesaan, kemampuan, kelestarian dan pilihan warna yang menyeronokkan. Paling menarik, ia menawarkan sokongan di berbilang jenis peranti/platform.

Harganya? Hanya RM299 sahaja!

Dengan berat hanya 165 gram, ia sangat ringan dan selesa dipakai di kepala anda setiap hari. Reka bentuknya sesuai untuk ukuran kepala yang kecil hingga sederhana. Ia juga mesra alam yang bermaksud Logitech membiayai pengimbangan karbon berkualiti tinggi untuk mengurangkan kesan karbon produk.

Bahagian plastik merangkumi minimum 22 peratus kandungan kitar semula post-consumer dan bungkusan kertas berasal dari hutan yang diperakui FSCTM. Dengan pemilihan fon kepala gaming ini, anda berusaha untuk membantu menyokong pengurusan hutan dunia secara lebih bertanggungjawab.

Walaupun fon kepala ini ringan dan berpatutan namun ia masih mengekalkan gaya, fleksibiliti dan ciri canggih seperti mikrofon beam-forming.

Gunakan di PC, PlayStation atau telefon pintar tanpa masalah melalui sokongan Bluetooth. Dari segi audio, pemacu 40mm memberikan pengalaman mendengar muzik dan bunyi yang sangat baik. Ia juga melancarkan suara anda ketika bercakap menerusi teknologi beam-forming pada mikrofon ini.

Ia tersedia dengan tiga variasi warna iaitu Black & Neon, Blue & Raspberry serta Off-White & Lilac mengikut citarasa anda sendiri.

RELATED NEWS

+