Lunatix kini bergabung dengan Zion Esports

Menerusi sebuah hantaran Facebook Lunatix, mereka kini bergabung dengan sebuah organisasi e-sukan Singapura iaitu Zion Esports.

Hantaran itu menyebut bahawa LTX Integrated sudah memeterai kolaborasi strategik dengan Zion Esports Singapore (Zion Esports Pte. Ltd.) untuk membentuk Zion Esports Malaysia.

Hak IP ke atas semua yang dikongsi dengan Zion Esports Malaysia adalah milik Zion Esports Pte. Ltd.

Roster utama Lunatix Origins kini akan dipindahkan ke Zion Esports Malaysia.

Lunatix bukanlah sebuah organisasi e-sukan yang baharu di Malaysia. Sejak dua tahun yang lepras, mereka sudah aktif memasuki kejohanan Mobile Legends peringkat amatur di Malaysia.

Pada MPL MY musim ke-8, mereka meminjamkan lapan orang pemain mereka kepada pasukan Orange Esports sekaligus melahirkan pemain-pemain yang hebat seperti LinkEzaa.

Jadi tidak hairanlah, organisasi dari Singapura ini ingin berkolaborasi dengan Lunatix, kerana sejak dari dahulu lagi mereka menjadi sebuah pasukan yang sangat komited dalam industri e-sukan di Malaysia.

Tahniah Lunatix!

RELATED NEWS

+