M3: Blacklist mara ke lower bracket final

Permainan kedua di hari kelapan peringkat playoff Kejohanan Dunia M3 menyaksikan pasukan tuan rumah iaitu EVOS SG akan berdepan dengan juara back to back MPL PH musim ketujuh dan kelapan.

Pasukan Blacklist International mendominasi perlawanan pertama dan kedua, mereka lebih agresif dalam mengejar objektif dan fokus mereka adalah memenangi setiap pertarungan yang berlaku.

Kemenangan menjadi milik pasukan Blacklist dan mereka harus memenangi satu sahaja lagi perlawanan untuk mara ke peringkat seterusnya dan berlawan dengan pasukan BTK.

Pertarungan demi pertarungan berlaku berjaya dimenangi oleh pasukan Blacklist International. Maniac berjaya didapatkan oleh Oheb pada minit ke-11.

Penggunaan hero Natan yang begitu baik ditunjukkan oleh beliau. Endless Battle, Malefic Roar dan juga Hunter Strike membantu Oheb menghancurkan pasukan EVOS SG.

Luminous Lord berjaya diambil pasukan Blacklist pada minit ke-12 dan Lord itu berjaya ditumbangkan oleh EVOS SG dengan pantas oleh kerana pasukan Blacklist kehilangan 3 orang ahli mereka.

Pasukan Blacklist akan bertemu dengan BTK selepas ini untuk menentukan siapakah yang akan layak ke peringkat Grand Final untuk berlawan dengan ONIC PH nanti.

 

RELATED NEWS

+