M3: Oheb adalah lawan yang harus diberikan tumpuan

Kiel Calvin “Oheb” Q. Soriano adalah salah seorang pemain dari pasukan Blacklist International. Beliau mula melakukan debut di dalam arena kompetitif Mobile Legends ketika hanya berusia 16 tahun.

Jejaka dari Filipina ini sangat bersinar di dalam posisi gold lane dan hero-hero yang sering digunakan oleh beliau adalah Alice, Beatrix dan juga Harith.

Penggunaan Alice oleh Oheb sangat mendominasi di dalam Kejohanan Dunia M3, beliau sering menjadi playmaker ketika memasuki arena pertarungan menggunakan Alice.

Gangguan yang diberikan oleh Oheb mampu untuk membantu pasukannya menyapu bersih pasukan lawan.

Oheb sudah melakukan 99 kills sepanjang Kejohanan Dunia berlangsung. 25 kills dari peringkat kumpulan serta 74 kills dari peringkat playoff.

Di dalam satu temuramah bersama media selepas kemenangan 3-0 ke atas Keyd Stars, beliau menyatakan “Saya sekarang sedang berada di prestasi yang terbaik dan akan terus mencuba untuk mengekalkan trend itu,” ujarnya.

“Saya akan berusaha dengan bersungguh-sunguh di perlawanan yang akan datang sehingga ke Grand Final,” tambah beliau.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+