M3: Perjalanan RRQ Hoshi kini sudah berakhir

Permainan pertama di hari ketujuh peringkat playoff kejohanan dunia MLBB, M3 menyaksikan jaguh dari Indonesia iaitu RRQ Hoshi akan bertemu dengan juara back to back MPL PH musim ketujuh dan kelapan, Blacklist International.

Mudah sahaja pasukan dari Filipina itu mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama dan kedua. Yi Sun Shin yang dimainkan oleh Wise sangat hebat di dalam kedua-dua perlawanan itu.

Apa sahaja strategi yang dibuat oleh RRQ dipatahkan oleh pasukan Blacklist. Mereka lebih mendominasi di dalam kawalan peta dan juga objektif yang perlu diambil.

Kini, hanya berbaki satu sahaja lagi perlawanan sebelum RRQ dihantar pulang oleh Blacklist. Mereka memulakan perlawanan ketiga dengan pengambilan Paquito untuk pasukan RRQ dan juga Aldous untuk Blacklist International.

Pasukan RRQ terus diasak oleh Blacklist walaupun mereka berjaya mengambil turtle sebanyak 2 kali. Perbezaan gold antara kedua-dua pasukan pada minit ke-7 sudah mencecah 2 ribu.

Kehadiran Phoveus di dalam perlawanan sangat memberi tekanan kepada pasukan RRQ. Edward mudah sahaja melompat ke arah pasukan RRQ dan Oheb memberikan damage yang besar menggunakan Clint.

RRQ Hoshi kemudiannya tewas pada minit ke-11 selepas perlawanan yang begitu berat sebelah kepada pasukan Blacklist. Maka dengan ini, tamatlah perjuangan negara Indonesia di Kejohanan Dunia M3.

Nantikan perlawanan seterusnya di mana Todak akan menetang EVOS SG pada jam 6 petang ini.

RELATED NEWS

+