M5: Ini background Nnael, jungler Geek Fam ID yang kena gantung dua perlawanan

Manuel Simbolon atau Nnael adalah jungler bagi pasukan Geek Fam ID, salah satu wakil Indonesia di kejohanan dunia MLBB, M5. Pemain berusia 17 tahun ini baru saja dikenakan hukuman digantung dua perlawanan kerana menunjukkan isyarat jari tengah selepas tamat perlawanan ke atas DeusVult pada Selasa.

Pernah bermain untuk Onic Prodigy

Untuk rekod, Nnael bukanlah pemain tetap Geek Fam sebaliknya dia hanyalah pemain pinjaman dari pasukan tier-2 (MDL) iaitu Onic Prodigy. 

Bersama Geek Fam, pemain muda ini beraksi di pentas MPL ID musim ke-12 yang menjadi platform merebut slot ke M5.

Sepanjang liga itu, Nnael pernah menerima dua pencalonan penting iaitu Rookie of the Season dan Rising Star. Dia kemudiannya memenangi anugerah Rising Star sebagai pendatang baru di liga yang dimainkan selama lapan minggu itu.

Dari MDL ke pentas dunia!

Nnael juga menjadi salah seorang pemain yang beraksi dari pentas MDL dan kini membawa harapan negara Indonesia di pentas dunia. Bersama-sama Luke, Aboy, Raizel, Warlord dan Barbossa, mereka adalah pemain tier-2 yang kini berdiri setanding dengan pemain profesional di tier-1.

Berbalik kepada hukuman yang diberikan kepadanya di M5, Nnael juga sempat membuat permohonan maaf kepada pasukan DeusVult dan juga warga Indonesia kerana bertindak mengikut emosi dan mengamalkan nilai kesukanan yang tinggi dalam perlawanan itu.

Seharapnya perkara ini tidak akan berulang kerana ia akan menjejaskan kualiti dan pandangan umum berkaitan arena profesional MLBB.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+