Malang tak berbau, dua PlayStation 5 lelaki ini disambar petir

PlayStation 5 kini tekenal dengan masalah kekurangan stok.

Walaupun sudah 10 juta unit terjual di seluruh dunia, tetapi PS5 seperti masih susah untuk dijumpai.

Malang tidak berbau buat seorang lelaki di Reddit r/playstation apabila kedua-dua PlayStation 5 untuknya dan isteri disambar dek ribut petir.

Hal ini memberi kerisauan untuk pemilik PlayStation 5 kerana walaupun pemilik itu sendiri menggunakan plug keselamatan untuk mengelakkan litar pintas tetapi PS5 masih disambar petir.

Hal ini juga bukan kali pertama berlaku kerana di GameFAQs juga melaporkan pengguna Kingdom080500 juga menghadapi masalah yang hampir sama apabila bekalan elektrik terputus.

Kini tinggal Sony sahaja perlu memastikan bahawa PS5 mereka tidak akan rosak akibat masalah elektrik.

RELATED NEWS

+