Microsoft Akan Tonjolkan 14 Game Eksklusif Untuk Xbox Di E3 2019

Bos Xbox, Phil Spencer memberitahu bahawa beliau baru sahaja selesai latihan untuk persidangan E3 2019 yang bakal diadakan pada dua minggu hadapan.

Lebih menarik lagi, Phil berkata Microsoft bakal umumkan 14 game yang bakal hadir terlebih dahulu di Xbox One pada persidangan Microsoft.

Melalui Twitter, beliau berasa puas hati untuk menonjolkan 14 game yang dihasilkan oleh Xbox Game Studios pada tahun ini dan ini merupakan kuantiti game eksklusif Xbox paling banyak bakal diumumkan semasa persidangan Microsoft. Selain game ini eksklusif untuk Xbox One dan dimasukkan dalam Xbox Game Pass, korang juga boleh dapat main game ini di PC. 

Pada E3 2018, Microsoft mengumumkan pemilikan empat studio di bawah Xbox Game Studios iaitu Ninja Theory (DmC: Devil May Cry, Hellblade: Senua’s Sacrifice), Undead (siri State of Decay), Compulsion Games (We Happy Few), Playground Games (siri Forza Horizon). 

Hellblade: Senua’s Sacrifice

Bukan itu sahaja, Microsoft tetap mengembangkan lagi sayap Xbox Game Studios dengan membawa masuk inXile Entertainment (siri Wasteland) pada November 2018 dan Obsidian Entertainment (Fallout: New Vegas dan The Outer Worlds) baru-baru ini.

Xbox Game Studios merupakan bahagian yang menempatkan studio-studio membangunkan game eksklusif untuk Xbox (sama seperti apa yang dilakukan oleh Sony untuk PlayStation). Buat masa sekarang, Xbox Game Studios mempunyai 343 Industries (siri Halo), The Initiatve, Turn 10 Studios (siri Forza Motorsport), The Coalition (siri Gears of War), Mojang (Minecraft) dan Rare (Sea of Thieves dan siri Battletoads).

Microsoft tidak mengumumkan senarai penuh studio di bawah naungan Xbox Game Studios yang bakal mengumumkan game mereka pada E3 2019. Setakat ini, 343 Studios telah umumkan Halo Infinite dan Gears 5 dibangunkan oleh The Coalition akan hadir di E3 2019.

Halo Infinite

Terdapat beberapa game diumumkan pada E3 tahun lepas seperti Gears Pop, Gears Tactics, game baru Battletoads, Ori and the Will of the Wisps dan The Outer Worlds juga bakal kembali ke E3 2019 lengkap dengan trailer dan juga (harap-haraplah) tarikh pelancaran.

Selain itu, ada ura-ura mengatakan Ninja Theory sedang membangunkan sebuah game sains fiksyen bakal dilancarkan pada 2020 dipanggil sebagai Bleeding Edge dan game Fable yang keempat akan datang pada 2021. Microsoft dilaporkan mungkin menampilkan salah satu konsol baru untuk E3 2019. Nampak gayanya Microsoft mahu mendominasi E3 2019 tanpa kehadiran PlayStation.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+