Microsoft Cuba Melaksanakan Sokongan Permainan Xbox One Di PC

Kebanyakan konsol kita nampak sekarang, permainannya dah macam di PC.

Untuk Xbox One misalnya, ramai yang menanti kalau kita akan menyaksikan cross-play antara Windows dan Xbox. Walaupun sistem itu belum ada tapi ada bukti yang Microsoft mungkin sedang berusaha keras menjadikannya kenyataan.

Dalam program Microsoft Windows Insider, pengguna dapat mencuba dan previu penambahbaikan untuk Windows sebelum ia dirasmikan. Menariknya, Microsoft mengatakan kepada Insiders untuk install State of Decay yang boleh dimainkan percuma.

Microsoft juga mengatakan ia adalah untuk melihat jika ada masalah/pepijat ditemui ketika install dan ketika melancarkan permainan itu. Yang lebih menarik, permainan itu tak dimuat turun dari pelayan (server) Microsoft tapi dari assets1.xboxlive.com.

Ia menunjukkan Microsoft menggunakan versi di Xbox One dan bukan PC. Ini bermakna penambahbaikan terbesar di Windows 10 mungkin termasuk “menyokong” sistem atau permainan Xbox One. Ini juga adalah berita baik kerana pembangun lain boleh mencuba untuk cross-platform dengan membawakan permainan konsol mereka ke PC.

Dengan adanya GPU dan pelbagai customization, permainan video ini boleh dimainkan dengan grafik lebih menawan selain beberapa lagi penambahbaikan boleh dibuat.

Sumber: PCGamer

RELATED NEWS

+