Microsoft Flight Simulator mendapat kemaskini peningkatan FPS yang ketara

Microsoft Flight Simulator dipuji sebagai pencapaian dari segi teknikal yang menakjubkan ketika dilancarkan pada tahun lalu.

Menggunakan tekonologi yang inovatif untuk memberikan gambaran peta seluruh dunia. Namun begitu, terdapat satu masalah di mana tidak banyak orang dapat bermain permainan tersebut.

Permainan video yang diperkenalkan Microsoft ini memerlukan beban CPU yang sangat tinggi. Meskipun pemilik PC menggunakan kad grafik seperti RTX 3080, ia masih sukar untuk mendapatkan 60FPS. Jika anda tidak mempunyai CPU yang bagus dan high end, ia sememangnya sukar meskipun kad grafik anda hebat.

Menghampiri setahun kemudian, Asobo sudah melancarkan kemaskini untuk Microsoft Flight Simulator. Di dalam siaran langsung pameran Sim Update 5, mereka sudah membuat perbandingan di antara dua versi itu.

Perubahan sangat ketara, kemaskini Sim 4 sukar untuk mengekalkan 30fps dengan 100% beban CPU manakala Sim 5 mudah untuk mendapatkan 60fps dengan tetapan Ultra. 

Menurut Pengasas Bersama Asobo Studio, Sebastian Wloch “Kami sudah mengemaskini dari peringkat permulaan untuk kesemua enjin yang digunakan untuk mendapatkan prestasi yang maksima. Ianya juga hanya memerlukan sedikit resources dari memory.” ujarnya.

RELATED NEWS

+