Minat gaming dan e-sukan? Jom sertai jadi penyunting video kami

Anda ada pengetahuan dalam e-sukan, boleh sunting video dan berminat untuk mencuba sesuatu yang baru? Di MyGameOn, kami mencari seorang individu yang mempunyai kemahiran menyunting video, kreatif dan terbuka dengan idea baharu.

Nak tahu adakah anda calon yang sesuai untuk pekerjaan ini? Jom ikuti kriteria di bawah dan jangan lupa, emelkan CV, portfolio dan showreel anda ke [email protected]

 

Posisi

Penyunting Video (Kontrak)

 

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menyunting video MGO dan video berkaitan e-sukan serta membantu dalam penggambaran. Boleh bekerja dari rumah, jika anda mempunyai peralatan elektronik untuk menyunting video.

 

Tanggungjawab dan Tugas

  • Sunting projek-projek video di bawah platform MyGameOn. 
  • Bantu produser dalam projek terkini dan projek video terbaru untuk MyGameOn. 
  • Bantu unit kandungan MGO dengan video Bitvid dan video di media sosial.
  • Bantu merekod video di studio dan di rumah (rakaman webcam), serta rakaman gameplay jika diperlukan.
  • Design dan gunakan video wrapper dan video asset untuk MGO.

 

Kriteria dan Kemahiran

  • Mahir dalam penyuntingan video dan mempunyai pemahaman dalam graphic design (untuk thumbnails, post dan lain-lain).
  • Mempunyai komputer riba peribadi/PC yang boleh menggunakan Adobe Premiere Pro, After Effects, Illustrator dan Photoshop.
  • Berminat untuk belajar motion graphics.
  • Mempunyai pengetahuan dalam e-sukan dan permainan video adalah satu bonus.
  • Fasih Berbahasa Malaysia.

 

RELATED NEWS

+