MLBB: Pasukan Malaysia berjaya ke peringkat separuh akhir

Perlawanan terakhir pasukan Malaysia di hari pertama Sukan SEA Hanoi 2021 menyaksikan pasukan Laos akan menentang Kontinjen Negara.

Malaysia harus mendapatkan 1 mata sahaja lagi bagi melayakkan diri mereka peringkat separuh akhir.

Di perlawanan pertama, mudah sahaja pasukan Malaysia mengawal permainan, mereka mengejar objektif dengan mendapatkan turtle dan turret.

Pasukan Laos kehilangan kawalan peta dan mereka tidak mampu untuk menahan asakan dari Malaysia.

Kemenangan berjaya memihak kepada Kontinjen Negara pada minit ke-11 selepas Laos gagal mempertahankan crystal mereka.

Malaysia meneruskan momentum di perlawanan kedua dan mereka berjaya mematahkan strategi pasukan Laos.

Pasukan Laos tidak dapat menghalang kemaraan Kontinjen Negara dari menghancurkan base mereka.

Dengan kemenangan ini, pasukan Malaysia berjaya ke peringkat separuh akhir. Tahniah diucapkan, Malaysia boleh!

RELATED NEWS

+