MLBB: RRQ Clay ungkap kelemahan pasukan M3 dari luar Asia Tenggara

Permainan peranti mudah alih, Mobile Legends sangat popular di benua Asia Tenggara. Permainan ini mula di francais oleh dua buah negara iaitu Filipina dan juga Indonesia.

Kedua-dua negara ini dikatakan sebagai arena yang paling kompetitif untuk MLBB dan mereka adalah pesaing yang hebat dan sering merangkul gelaran juara dunia.

Namun begitu, di Kejohanan Dunia M3 akan terdapat banyak pasukan dari pelbagai pelusuk dunia akan bertanding.

Menurut RRQ Clay, beliau berkata pasukan di luar Asia Tenggara masih belum memahami cara untuk mendapatkan objektif di dalam permainan.

“Mereka boleh menjadi pasukan yang sangat berbahaya sekiranya sudah memahami cara untuk mengambil objektif” tambah beliau. Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Sila nyatakan di ruangan komen.

Kejohanan dunia, M3 menyaksikan 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara dunia dan wang hadiah terkumpul sebanyak AS$800,000 (RM3.3 juta).

Foto dan sumber: ONE Esports ID

RELATED NEWS

+