Mobile Legends: Al Ikhlas Gadget Mega Fiesta Sangat Meriah, Ada Team Bosskur & Saiyan Glories!

Kejohanan Mobile Legends biasanya tertumpu di ibu kota Kuala Lumpur saja. Tapi sepanjang tahun 2018, makin banyak pula pertandingan yang diadakan di utara mahupun selatan tanah air.

Pada minggu lalu, Al Ikhlas Gadget menganjurkan Mega Fiesta di Kota Masai, Johor. Selain ada Meet & Greet  bersama Team Bosskur, pertandingan Dominated Southern, dianjurkan buat julung kalinya untuk mencari bakat baru di negara itu. Bukan 32 tapi 64 pasukan Mobile Legends dari serata Malaysia yang hadir memeriahkan acara ini!

“Kami tak pernah terfikir untuk buat acara besar, dan idea ini mula hadir apabila kami bekerjasama dengan Saiyan Glories, dari situ boleh nampak Mobile esports tengah berkembang pengaruhnya. 

“Oleh itu, kami berhasrat untuk mencari bakat baru di negara ini dan pertandingan ini mungkin yang pertama dalam banyak musim,” –Director Glories Gadget (M) Sdn Bhd, Muhamad Farouk Hassanain Hashim.

Dalam pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu, pasukan Harlo Kitty muncul juara, membawa pulang wang tunai RM2,500.

Tiga daripada ahli ini terdiri daripada pemain Reborn iaitu Silo, Loong, dan juga Rynn.

Dari kiri, Director Al Ikhlas Gadget Kota Masai, Zulfiqar Abidin, Director Glories Gadget (M) Sdn Bhd, Muhamad Farouk Hassanain Hashim (dua dari kiri) dan pasukan Harlo Kitty, Rynn (empat dari kanan), Loong (dua dari kanan) dan Silo.

Invi Reborn

BST Reborn

Team Bosskur

Untuk lebih gambar bagi acara ini, korang boleh usha album di bawah ni.

Untuk ulangan live, korang boleh je klik LINK ini untuk saksikan perlawanan awal hinggalah grand final! Tahniah kepada pemenang semua!

Al Ikhlas Gadget menjual segala accessories telefon, gadget terkini dengan harga termurah. Mereka sudah pun mempunyai 4 cawangan di sekitar Johor. Kalau korang nak menambah baik pengalaman bermain game dekat telefon, haa jangan lupa singgah outlet mereka ya! Kabel gaming, powerbank dan gamepad pun ada jual tau!

RELATED NEWS

+