Mobile Legends: Godz Genesys Mara Ke Final Celcom XPAXKEK Zon Borneo!

Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2 baru saja membuka tirai Zon Final semalam di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyaksikan pasukan Mobile Legends, PUBG Mobile dan pemain kategori terbuka Counter Strike: Global Offensive bertarung untuk mara ke peringkat seterusnya.

Dalam perlawanan peringkat suku akhir Mobile Legends semalam, pasukan bertanding di semester lepas, UMSKAL Esports (kini digelar sebagai Genesys Esports) berjaya ke peringkat semi final selepas kemenangan 2 – 0 ke atas skuad Havana Meor dari Politeknik Mukah.

Mereka kemudian berjaya meneruskan rentak lagi dalam perlawanan semi final pertama berlangsung sebentar tadi sekali gus merebut slot ke Grand Final dengan kemenangan 2-0 ke atas Lexus dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Saksikan perlawanan penuh tadi di bawah:

MLBB CELCOM #XPAXKEK SEM 2 Semi Final 1 Zon Borneo- LEXUS [UMS] vs Godz Genesys [UMSKAL]

Pembukaan perlawanan Semi Final 1 semestinya akan jadi 'tough fight' kerana kedua team mewakili negeri Sabah : LEXUS (UMS) menentang Godz Genesys (UMSKAL). Urang Sabah memang power! Jom rasai kehangatan pertembungan team-team ni. Boleh bah kalau kau! CELCOM #XPAXKEK SEM 2

Posted by My Game On on Saturday, September 21, 2019

Mereka diwakili oleh Mohamad Madani Bin Ahmad (Gen Kaka),  Nur Ikhwan Hadi Bin Hasnul Hady (Gen Law), Clearance Ng Khai Siang (Gen Cl3aRance),  Mohamad Walid Shahmir bin Mohammad (Gen Nex), Ooi Min En (Gen Kraken) dan Muhamdad Hairi Bin Endri (Gen Errymaest).

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

RELATED NEWS

+