Mobile Legends: “Kalau bukan kerana Amoux, mungkin saya tak main bersama BTR sekarang,” – Rippo

Pemain profesional BTR Alpha, Muhammad Arif Abdul Halim atau Rippo menyifatkan ketua jurulatih baru pasukan tersebut, Ariff Iswandi seorang yang berkaliber dan punya pengalaman luas.

Mengenai pelantikannya sebagai ketua jurulatih pasukan Indonesia tersebut, Ariff atau Amoux sebelum ini pernah menjadi penganalisa untuk pasukan Geek Fam Malaysia.

“Pada pandangan saya, Amoux adalah jurulatih yang bagus untuk melakar pelbagai strategi.

“Ketika di Geek Fam, saya sangat rapat dengan Amoux bahkan dialah yang mengajar saya untuk bermain offlane.

“Kalau bukan kerana Amoux yang ajar, mungkin saya tidak berada di sini sekarang (bersama BTR Alpha),” katanya ketika dihubungi.

Menurut Arif, jurulatih adalah penting bagi sesebuah pasukan e-sukan.

“Bagi memudahkan pasukan itu untuk melakukan draft dan analisis, jurulatih memang diperlukan.

“Pemain tidak perlu tertekan ketika melakukan draft dan mereka boleh tumpukan perhatian pada permainan,” katanya.

Arif berkata, beliau mengharapkan rakyat Malaysia dan komuniti Mobile Legends tempatan terus memberikan sokongan. Katanya, biarpun di pasukan Indonesia, kita harus berbangga dan teruja kerana sukar melihat pemain Malaysia bermain di arena profesional Mobile Legends Indonesia.

Amoux kini menjadi ketua jurulatih bagi Bigetron Esports yang mana pengumumannya dibuat dalam satu video di Youtube.

RELATED NEWS

+