Zhask dah keluar. Excited tak korang? Tapi penulis dengar ada yang tak puas hati dengan hero baru ini. Perkataan seperti OP (overpowered), tak balanced dan pelbagai lagi istilah selalu dilemparkan korang pada hero mage yang sangat hebat dalam Mobile Legends ini.
Pasti korang terfikir, macam mana agaknya untuk tewaskan Zhask ataupun at least counter hero ini di lane? Jom ikuti teknik-teknik ini!
Sebelum itu, korang perlu faham, walaupun Zhask yang terbaru dimasukkan dan mendapat nerf dalam patch lepas, dia masih lagi kuat dan viable (masih relevan).
Untuk pengetahuan lanjut, Zhask adalah mage yang lebih fokus kepada poking pihak musuh dan memusnahkan turret mereka. Skill pertamanya adalah kekuatan utama dan boleh membawa damage yang menakutkan kepada musuh dan juga turret. Ultimatenya pula hanya menguatkan lagi skill pertamanya.
Bagaimanapun, Zhask lebih terdedah kepada ancaman assassin dan mungkin sukar melepaskan diri kerana tiada escape mechanism.
Hero Boleh Digunakan
1. Hayabusa
Semua orang tahu hero ini sememangnya mobile dan boleh dikatakan boleh melenyapkan musuh tanpa berbalas kecederaan. Oleh itu, kit miliknya sangat sesuai untuk menewaskan Zhask.
Gunakan kuasa phantom berdekatan ataupun ke dalam Zhask apabila dia tidak berdekatan dengan turret atau sedang dalam cooldown. Jika tak mampu, cederakan dia terlebih dulu dan gunakan ultimate apabila nyawanya benar-benar low. Jika dia menggunakan ulti, ingat untuk second skill keluar daripada kawasan berbahaya itu!
2. Chou
Paling mudah sekali, gunakan build tank kerana Chou mempunyai peratusan untuk stun dan combo Zhask sebelum dia mampu berbuat apa-apa. Apabila korang menjadi tank, korang dapat menyedut damage daripada turret miliknya.
3. Harley
Hero ini mempunyai dua kemungkinan. Sama ada korang tewas dulu atau Zhask. Tapi di tangan pro player, ia sangat mudah. Caranya, cederakan Zhask menggunakan skill pertama.
Gunaka ulti secepat mungkin sebelum Zhask mengeluarkan turret dan ulti. Jika dia sudah menggunakannya, apa lagi lari lah daripada situ! Mungkin kalau bernasib baik, damage inflicted daripada ulti boleh membunuhnya.
4. Irithel
Antara marksman yang mampu melawan Zhask kerana tugas korang ialah poke pihak lawan. Korang boleh serang ketika bergerak dan ini membolehkan korang mengelak serangan daripada turret Zhask dan di stun olehnya.
Apabila korang dah poke sebanyak mungkin dan ingin membunuhnya, pastikan turret dimusnahkan terlebih dulu. Kemudian gunakan first skill dan ultimate untuk lebih dekat kepadanya.
Jika dia cuba lari, gunakan kuasa kedua untuk slow. Jangan risau, korang akan selalu dapat menangkapnya kerana kemampuan untuk serang ketika bergerak sekali gus menunjukkan Irithel adalah musuh paling berbahaya kepada Zhask.
5. Zilong
Sebagai Zilong, korang boleh drop-kan nyawa Zhask secepat mungkin dengan ulti dan jika dia ingin lari, Zilong sangat laju dan kuasanya untuk gap-closure tiada tolok bandingnya. Jika di tangan pro-player pasti mudah untuk korang hapuskan Zhask sebelum dia sempat counter-play kerana kelajuan dan ketangkasan hero ini.
Taktik
1. Jangan solo kecuali kalau korang ada advantage
Melawan Zhask berdepan seorang diri boleh menjadi tindakan kurang bijak. Jika korang assassin, pastikan dia menggunakan kesemua skillnya atau sedang dalam cooldown. Apabila korang berjaya catch Zhask, lenyapkannya sebelum dia sempat bertindak.
Jika korang bukan assassin, janganlah bermimpi untuk membunuhnya. Walaupun tugas Zhask adalah poking dan push, pemain yang berpengalaman boleh menukar situasi buruk kepada baik sekali gus menggagalkan usaha korang dan memberi kelebihan kepadanya.
2. Sasar Zhask, bukan turretnya
Jika korang berjaya hapuskan turretnya pun, Zhask sentiasa punya peluang untuk meletakkan satu lagi, membuatkan effort korang tak berbaloi pun.
Jika dalam teamfight dan Zhask mengawal pertarungan itu kerana turret miliknya, pastikan korang terus menewaskannya! Ini adalah perkara ‘wajib’ perlu buat untuk lenyapkan Zhask terlebih dulu kerana jika dia berjaya melepaskan ultimatenya, say goodbye lah guys!
3. Jangan fokuskan pada Zhask saja
Penulis faham korang nak lenyapkan Zhask untuk mengelakkan dia fat (banyak gold untuk beli kelengkapan) tapi jangan terlalu aim dia saja. Korang pasti akan termasuk perangkap dan kena gank (diserang hendap dari arah tak diduga). Dia juga boleh tewaskan korang satu lawan satu.
Jadi inilah dia cara-cara untuk korang kalahkan Zhask. Kalau korang ada cara lain dengan hero berbeza, perlu diingatkan Zhask sangat lemah kerana ketiadaan escape mechanism dan jika turretnya dihapuskan dengan segera, hero ini boleh dikatakan kurang impak dalam perlawanan.