Mobile Legends: Rippo teruja dapat bertanding di MPL Indonesia buat pertama kali

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Indonesia (MPL ID) musim keenam akan bermula tak lama lagi. Dikhabarkan, Bigetron Esports akan sekali lagi muncul di pentas perlawanan terhebat pasukan MLBB tersebut.

Pemain Malaysia yang kini bermain untuk skuad Bigetron Alpha, Muhammad Arif Abdul Halim atau Rippo turut tercalon dalam lapan pemain yang akan bertanding.

“Mereka (lapan pemain) ini dipilih bertanding di MPL kerana prestasi yang mantap di scrim dan itu menarik perhatian jurulatih dalam proses pemilihan,” kata Arif ketika dihubungi MyGameOn.

Arif turut melahirkan rasa teruja pertama kali akan bertanding di liga yang membariskan pasukan terhebat Mobile Legends di rantau ini. 

“Saya teruja dapat bermain di MPL Indonesia kerana ia lebih mencabar dari MPL Malaysia dan Singapura.

“Malah, saya ingin membuktikan kemahiran bermain di MPL ID kerana sebelum ini saya tak begitu berpuas hati di MPL sebab tak lepas playoff,” katanya.

Tambah Arif, visa ke Indonesia akan siap tak lama lagi dan ini adalah satu berita baik untuknya.

“Saya selalu scrim (berlatih) bersama ahli pasukan secara online saja dan tak lama lagi saya dapat berangkat ke Indonesia main di gaming house BTR.

“Semestinya ini adalah satu peluang untuk saya menambahkan keserasian antara pasukan,” katanya.

Ketika ditanya hero apakah yang menduduki ranking Tier S dalam musim ke-16 ini, kata Arif, dia memilih Uranus.

“Hero tersebut tidak mendapat nerf ataupun buff pada ketika ini jadi ia sering digunakan dalam perlawanan,” katanya.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan InstagramSaksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+