Mobile Legends: RRQ Muncul Juara BEKRAF Game Prime 2018, Bawa Pulang 20 Juta Rupiah

Pada 13 hingga 15 Julai lepas, BEKRAF Game Prime 2018 diadakan di Indonesia dalam usaha menghimpunkan stakeholder bagi industri game, peminat permainan video dan pembangun-pembangun game berkumpul mempamerkan produk mereka kepada umum.

Pemain profesional esports di Indonesia bertanding untuk merebut slot ke SEA Finals, Kuala Lumpur pada bulan depan. Mereka adalah pemain PES 2018 yang bertanding dalam pusingan Wild Card. Selain itu 8 pasukan Mobile Legends seperti EVOS, RRQ dan Aerowolf bertanding dalam invitational tournament

Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori:

PES 2018

1. Juara – PBC Paul2 

2. Naib juara – Javelin Pluxandika

3. Best of Four – Banisoll & Alfin

Mobile Legends Invitational 2018

1. Juara – RRQ O2

2. Naib juara – Aerowolf Roxy

3. Tempat ketiga – Louvre

Bagi pertandingan Mobile Legends, RRQ adalah pasukan pilihan kerana menjadi pasukan yang terkuat dalam pertandingan itu. Walaupun dah lama tak memenangi mana-mana kejohanan berskala besar, akhirnya RRQ membuktikan kehebatan mereka kembali dan menewaskan Aerowolf Roxy di pusingan akhir.

RRQ meluncur laju di upper bracket dan kemudian tewas dengan Aerowolf dan terpaksa membuat laluan di lower bracket. Dengan mengalahkan Louvre di lower bracket, RRQ kembali menuntut mahkota mereka sebagai pasukan Mobile Legends terbaik seluruh Indonesia dengan skor 3-1 ke atas AeroWolf.

Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah 20 juta Rupiah (sekitar RM5,000) di kejohanan Mobile Legends BEKRAF Game Prime 2018.

 

Selain pertandingan Mobile Legends dan PES, BEKRAF Game Prime juga memberi anugerah kepada developer untuk permainan dari Indonesia dan serantau menerusi acara Game Prime Awards. Antara kategori dipertandingkan ialah Most Innovative Gameplay, Most Promising Game, Industry Icon of the Year, Best Publisher dan banyak lagi.

Bekas Lead Game Designer di Square Enix, Wan Hazmer yang kini menubuhkan studio pembangunan game (Metronomik) turut hadir di acara penganugerahan ini sebagai juri dari Malaysia bersama yang lain iaitu Ian Gregory (Witching Hour Studios), Ian Purnomo (Sony Interactive Entertainment) dan ramai lagi.

Di BEKRAF Game Prime, terdapat sebanyak 100 permainan boleh dicuba dalam bentuk digital ataupun board games. Ia adalah festival gaming terbesar di Indonesia dan mengumpulkan sehingga 17,000 pengunjung dalam masa dua hari dianjurkan. Jom saksikan beberapa gambar di bawah:

Sumber: Kincir, Siaran Media

RELATED NEWS

+