melaporkan AirAsia Saiyan menggugurkan enam pemain utama mereka."> melaporkan AirAsia Saiyan menggugurkan enam pemain utama mereka." /> melaporkan AirAsia Saiyan menggugurkan enam pemain utama mereka." />

Mobile Legends: ‘Saya Sebagai Pengulas Akan Merindui Mereka,’ – Ikuto

Tengahari tadi kami melaporkan AirAsia Saiyan menggugurkan enam pemain utama mereka.

Ramai pihak yang meluahkan rasa kecewa, bukan saja peminat tapi juga pengulas profesional. Mari kita dengarkan pandangan Radzi “Ikuto” Rahman dalam hal ini.

Ikuto bersama ASYN.

“Bagi saya pemergian pemain-pemain utama dalam pasukan AirAsia Saiyan bukan lah satu kejutan yang besar. Sama seperti pasukan daripada sukan fizikal seperti Real Madrid, Manchester United, pertukaran pemain ini adalah perkara biasa.

“Sebab pertukaran pastinya melibatkan banyak faktor. Mungkin dari segi kewangan, segi pengurusan, keselesaan pemain, semuanya boleh diambil kira,” kata Ikuto.

Katanya lagi, pasukan AirAsia Saiyan seperti dalam tekanan yang tinggi dari pelbagai pihak dan mereka perlukan masa untuk ‘berehat’.

“Mungkin apa yang diperlukan oleh pemain adalah untuk menarik sedikit nafas dan memberikan mereka sedikit ruang rehat.

“Sama seperti pemain yang dikenali sebagai ‘Doublelift’, berehat sebentar dari dunia kompetitif dan fokus untuk livestreaming. Kemudian beliau kembali semula ke dunia kompetitif dan berjaya menjuarai liga di benuanya,”

Ikuto menambah, hal ini adalah normal dan sebagai penyokong, peminat atau pemain Mobile Legends, harus menerima dan menghormati keputusan mereka (Fredo dan lain-lain).

“Saya sebagai pengulas sendiri pasti akan merindui mereka. Namun, saya ingin mengucapkan semoga berjaya kepada mereka di semua di jalan yang mereka pilih. Semoga kita berjumpa lagi.

“Patah tumbuh hilang berganti, walau ASYN akan mendapatkan barisan pemain baru, namun jasa baik 6 pemain ini akan diingati ramai.

“Dengan ini maka tamatlah satu era. Sayonara Saiyan,” katanya mengakhiri ucapan.

Kami sedang mencuba untuk mendapatkan komen pemain tentang hala tuju mereka selepas ini. Nantikan artikel selanjutnya dari kami.

RELATED NEWS

+