Mod baru Overwatch 2 diacah kepada peminat di OWL Grand Finals

Pada OWL Grand Final yang berlangsung baru-baru ini, pemain-pemain pro Overwatch memainkan satu sesi perlawanan persahabatan yang mempersembahkan peta serta mod baru yang bakal diperkenalkan di Overwatch 2.

Mod baru ini dikenali sebagai Push dan dimainkan pada peta baru Rome seperti dilihat di imej di atas. 

Dalam mod ini, setiap pasukan bersaing untuk mendorong robot besar, yang dilakukan dengan menjaga rakan sepasukan di dekat robot itu sambil menjauhkan pasukan musuh. Berfungsi seperti Payload, robot akan menjadi tidak bergerak jika pemain pasukan lawan mendekatinya. Mod permainan ini dilihat di peta baru Toronto di Blizzcon tahun 2019 ketika Overwatch 2 pertama kali diumumkan.

Anda boleh menonton serba sedikit aksi mantap di mod Push ini di video di bawah.

Mod permainan ini dilihat kadar permainan sebagai yang lebih terbuka, dengan pertembunghan yang berlaku di semua kawasan peta. Oleh kerana objektif bergerak secara dinamik di kedua arah, tidak ada kawasan atau ruangan sempit di mana pergaduhan berlaku. Ini mungkin berubah setelah kita dapat lihat peta-peta push yang lain.

RELATED NEWS

+