Monster Hunter World Percuma Dimainkan Sehingga 20 Mei Di PS4!

Bagi yang belum mencuba Monster Hunter World, inilah peluang keemasan korang.

Sempena pengumuman kandungan tambahan besar baru iaitu Monster Hunter World: Iceborne pada minggu lepas, Capcom beri peluang kepada pemain untuk mencuba game pemburuan raksasa role-playing game (RPG) secara percuma bermula hari ini sehingga 20 Mei 2019.

Pemain boleh bermain hampir keseluruhan Monster Hunter World dan rasai pengalaman jalan cerita memburu bersama rakan-rakan dan kraf serta ubahsuai senjata dan perisai. Multiplayer atau online play juga boleh dimainkan sehingga ke tahap Hunter Rank 4 termasuk tugasan tiga bintang secara percuma.

Lebih menarik lagi, segala data save daripada tempoh percubaan ini boleh dibawa masuk ke dalam game penuh sekiranya korang mahu membeli versi penuh Monster Hunter World.

Monster Hunter World: Iceborne akan dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada 9 September 2019 manakala platform PC pada musim sejuk. Klik di sini untuk pautan Monster Hunter World ke PlayStation Store.

RELATED NEWS

+