MOONTON Games lancar liga profesional Kejohanan Turkiye musim pertama

MOONTON Games bakal melancarkan liga rasmi pertama di Turki yang akan bermula Mac sehingga Mei ini.

Turkiye Championship ini juga akan menjadi laluan kelayakan ke Piala Asia Tenggara MLBB (MSC) 2023 yang akan diadakan pada Jun ini.

Incendio Supremacy triumph at MLBB Turkish championship | ONE Esports

Ketika siri M yang lepas, organisasi dari Turki iaitu Incendio Supremacy membuktikan mereka mampu menjadi antara yang terbaik sehingga berjaya mendapatkan tempat ke-7/8.

Turkiye Championship bakal memberi peluang untuk atlet tempatan MLBB menggapai impian mereka sebagai pemain profesional e-sukan.

Liga ini juga akan bermula dengan jumlah wang terkumpul Turkish lira 500,000 (RM120 ribu).

Bersama Amerika Utara dan Timur Tengah, Turki menjadi lokasi ketiga di luar Asia Tenggara yang mendapat tempat untuk MSC 2023 nanti.

Tempat dan tarikh khusus untuk liga Turki ini akan diumumkan nanti.

RELATED NEWS

+