Moonton mengumumkan MPL Kemboja

Selepas mengumumkan MPL Brazil, Mobile Legends kini memperluaskan pentas liga esukan profesional mereka di sebuah lagi negara Asia Tenggara, Kemboja. 

Kemboja yang sebelum ini pernah sertai kejohanan peringkat serantau iaitu MSC dan antarabangsa, M2 World Championship, kini akan menjadi pentas pencarian kuasa baru selepas Indonesia dan Filipina.

Selain itu, wilayah KH itu juga pernah menyertai kejohanan lain seperti kejohanan MLBB World Championship Qualifier untuk mencari wakil Kemboja bagi M1 World Championship. Bahkan, pasukan utama mereka Impunity KH pernah menewaskan pasukan Indonesia Bigetron Alpha 2-1 di MSC 2021.

Dengan penglibatan Kemboja di dalam MPL, ia menunjukkan pasaran MPL yang semakin berkembang pesat, terutamanya dengan lebih ramai pemain, rancangan siaran langsung dan kejohanan Mobile Legends.

Selepas Brazil dan Kemboja, negara mana lagi yang akan menjadi pentas MPL seterusnya?

RELATED NEWS

+