Moonton merombak sistem Lifesteal serta Spell Vamp

Sistem Lifesteal akan mengalami rombakan pada kemaskini akan datang.

Di dalam patch baharu di Advance Server yang dinamakan Patch 1.7.84.

 

Patch Notes 1.7.84 – Adv. Server
by u/Tigreal in MobileLegendsGame

Di dalam patch baharu ini, Magic Lifesteal serta Physical Lifesteal akan digelar Lifesteal sahaja.

Kini, semua hero yang mengeluarkan Physical atau Magic Lifesteal akan menjadi Lifesteal sahaja.

Spell Vamp tidak akan mengalami perubahan tetapi ia akan menjadi komponen untuk Hybrid Lifesteal.

Hybrid Lifesteal adalah campuran daripada Spell Vamp serta Lifesteal.

Moonton melakukan perubahan ini untuk memudahkan pemain bermain tanpa memikirkan jika sebuah hero itu perlu atau tidak untuk membuat Physical Lifesteal ataupun Magic Lifesteal.

Ada segelintir pemain yang memainkan hero seperti Natan dan Kimmy pening kerana mereka tidak tahu jika Physical Lifesteal atau Magic Lifesteal lebih baik untuk hero itu.

Dengan perubahan ini, secara tidak rasminya, banyak hero akan terkesan dengan perubahan ini.

Ruby, Alucard, Silvanna serta Beatrix akan digantikan semua passive atau skill yang mempunyai Physical Lifesteal atau Magic Lifesteal kepada Lifesteal.

Bukan itu sahaja, di patch baharu ini, terdapat sebuah item baharu akan tiba di Land of Dawn yang dinamakan Starlium Scythe. 

Ia akan menggantikan Calamity Reaper dan menurut nota patch ini, ia sama seperti Calamity Reaper cuma ia akan menggantikan tambahan 100 mana kepada 8% Hybrid Lifesteal.

Say goodbye too twinblade and calamity reaper getting revamped
by u/Eastern_Ad83 in MobileLegendsGame

Mystic Container akan menjadi komponen untuk item ini serta harganya akan bertambah daripada 1,950 kepada 2,220.

Shadow Twinblades akan dikeluarkan daripada MLBB dengan ketibaan item ini.

Sudah semestinya ia akan menjadi satu berita baik untuk hero yang menggunakan Spell Vamp serta Lifesteal.

Namun sistem ini masih dalam pembangunan dan akan ada perubahan yang dilakukan pada masa akan datang.

RELATED NEWS

+