Mohamad Farhan atau lebih dikenali sebagai Moy adalah salah seorang pemain pasukan Todak. Walaupun berada di skuad utama Todak, Moy boleh dikatakan jarang diturunkan untuk bermain di pentas MPL MY serta kejohanan antarabangsa.
Kini, selepas Todak MLBB mengumumkan barisan pemain mereka untuk musim kesepuluh, Moy kini diturunkan dari skuad utama ke Todak Apprentice. Perkara itu diumumkan oleh pasukan Todak semalam.
View this post on Instagram
Moy akan ditugaskan untuk membimbing bakat-bakat baru ahli pasukan Todak Apprentice nanti.
Selamat maju jaya diucapkan buat Moy, pasti ramai yang akan merindui aksi Pargoy yang dilakukan oleh Moy tiap kali Todak memenangi perlawanan.
Sumber dan foto: TodakMLBB