MPL ID: Sang Raja Langit kini di kedudukan pertama

MPL ID musim ke-9 sudah masuk minggu yang keempat, keputusan di minggu ketiga menyaksikan pasukan ONIC Esports mendahului dengan enam mata di kedudukan pertama.

Aura Fire yang memegang tempat pertama di minggu kedua turun satu anak tangga dan RRQ Hoshi masih mengekalkan kedudukan yang sama.

Manakala, pasukan BTR mengalami kesukaran dan kini mereka di kedudukan kedua tercorot. Pasukan Geek Fam pula tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

Mereka tewas di dalam lima perlawanan yang mereka hadapi dan harus bangkit semula di dalam minggu ini atau mereka akan disingkirkan tidak lama lagi.

Sumber: MPL ID

RELATED NEWS

+