MPL ID: Wannn naik ke MPL, Falah turun ke MDL

Wannn adalah salah seorang veteran di dalam arena kompetitif Mobile Legends.

Dia sempat menjadi juara Kejohanan Dunia M1 bersama EVOS Legends satu ketika dahulu.

Terdahulu, Wannn menyatakan dia tidak mempunyai kualiti serta skill yang cukup untuk bermain di MPL dan diturunkan ke MDL bersama LJ.

Kini, Wannn kembali ke dalam MPL dan EVOS Falah akan diturunkan ke MDL.

Dia membuat kemunculan di dalam MPL menentang Alter Ego semalam.

Adakah kehadiran Wannn akan meningkatkan kekuatan EVOS Legends ketika ini? Kita bakal saksikan.

Sumber: emak_moba

RELATED NEWS

+