MPL Indonesia: Aura Fire ‘buta map’ punca kemenangan Alter Ego 2-0

Pasukan Alter Ego sangat fokus pada kejohanan kali ini, mereka masih menjadi benchmark untuk semua pasukan dengan rekod tanpa kalah setakat ini. 

PERLAWANAN PERTAMA

Celiboy dilihat mengganas, bermain sangat agresif dengan menggunakan Roger. Beliau akan melakukan rotasi dan farming dengan kadar yang pantas sambil mencari kill demi kill.

Caesius juga sangat cemerlang dalam menggunakan Pharsa, beliau bijak mencari ruang di dalam teamfight untuk menggunakan ultimate. Hasilnya, pasukan Aurafire menjadi tidak tentu arah untuk mengelak skill Pharsa.

Seterusnya, Alter Ego berjaya mendapatkan Lord kedua dan terus menamatkan perlawanan pertama pada minit ke-15.

 

PERLAWANAN KEDUA

Pasukan Alter Ego dilihat mengawal permainan pada minit awal. Namun mereka gagal untuk memperolehi kemenangan dengan pantas disebabkan oleh Pharsa.

Manakala pasukan Aurafire berjaya membawa permainan ini ke peringkat late game di mana pemilihan hero mereka seperti Bruno dan Wan-wan semakin kuat.

Di akhir permainan, Aurafire cuba untuk melakukan comeback dan merusuh ke arah base Alter Ego dengan Lord yang telah diambil. 

Namun begitu, Celiboy dan juga Ahmad menjadi MVP apabila mereka mengambil kesempatan itu untuk menyerang base Aurafire tanpa mereka sedari. 

Rekod tanpa kalah masih dipegang oleh Alter Ego dengan 4 permainan yang telah dimainkan.

RELATED NEWS

+