MPL Indonesia: El Clasico RRQ dan EVOS Legends di minggu ketiga

Nampaknya minggu ketiga bagi MPL Indonesia Musim Ketujuh kali ini sangat sengit apabila ada El Clasico antara dua skuad gergasi iaitu EVOS Legends dan RRQ Hoshi.

Seperti jadual di bawah, perlawanan tersebut akan dimulakan pada hari Sabtu, 6:20 petang (waktu Malaysia)

Sementara itu, perlawanan tumpuan juga pada hari sama iaitu pertembungan Bigetron Alpha bersama pasukan konsisten dan juara MPLI, Alter Ego.

Difahamkan, Bigetron Alpha mempunyai seorang pemain Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim (Rippo). Pastinya perlawanan ini sangat menarik untuk ditonton.

Pada hari Jumaat pula, Alter Ego akan menentang Aura Fire dan EVOS Legends akan cuba menewaskan skuad di ranking kedua, Onic Esports.

Perlawanan boleh ditonton di Youtube dan Facebook MPL Indonesia.

RELATED NEWS

+