MPL Indonesia: “Upset” terbesar setakat ini! Genflix Aerowolf tundukkan Onic Esports 2-0

Onic Esports merupakan salah satu pasukan yang cemerlang di peringkat musim liga, meraih kemenangan sebanyak 7 kali setakat minggu ke 5. Mampukah Genflix Aerowolf menjadi salah satu pasukan selain EVOS Legends yang dapat menumbangkan Onic Esports di dalam dua perlawanan ini?

PERLAWANAN PERTAMA

Pusingan pertama dimulakan dengan asakan yang dilakukan oleh Drian, Kiboy dan juga bantuan dari Sanz ke atas Fredoqt. Sanz berjaya mendapatkan first blood dari pertarungan itu. Clay yang cuba membantu Fredoqt tidak dapat berbuat apa-apa. Sementara itu, Bottle dan juga Rinazmi cuba mendapatkan turtle di bahagian atas, mereka diasak oleh Butts namun berjaya didapatkan oleh Bottle meskipun beliau terkorban. Onic Esports terus bermain agresif, menumpaskan Fredoqt yang cuba datang memberikan pertolongan.

Pasukan Onic Esports terus mendominasi permainan dengan mendapatkan objektif serta kill demi kill. Aerowolf yang cuba bertahan dengan tekanan yang diberikan oleh Onic Esports tidak berjaya dan terus mundur dengan jurang gold sebanyak 3 ribu pada minit ke 7. Namun begitu, pertarungan pada minit ke 9 berjaya mengubahkan situasi Aerowolf. Permainan yang menarik ditunjukkan oleh Rinazmi yang menggunakan Alice. Beliau bijak membuat perhitungan menggunakan Alice untuk mengenakan Crowd Control ke atas pasukan Onic Esports. Sanz dan Drian terbunuh di dalam pertarungan itu. Seterusnya Rinazmi terus agresif merusuh ke arah CW yang berlindung di sebalik turret. CW berjaya juga dibunuh oleh Rinazmi dan Rinazmi berjaya melepaskan diri selepas itu.

Aerowolf menggunakan peluang itu untuk mendapatkan Lord yang pertama, situasi mula berpihak pada Aerowolf setakat ini. Namun begitu, pushing bersama Lord mudah dipatahkan oleh pasukan Onic Esports setelah Clay dan Fredoqt berjaya ditumbangkan di sudut yang berlainan. Situasi itu menyebabkan Aerowolf lebih berhati-hati di perlawanan yang seterusnya.

Pertempuran sewaktu Lord yang kedua menjadi kunci kemenangan bagi pasukan Aerowolf. CW menggunakan Feathered Air Strike untuk memulakan perlawanan, berjaya mengundurkan kemaraan Aerowolf. Seterusnya Sanz berjaya mendapatkan Lord dengan retribution yang digunakan. Meskipun begitu, beliau terkorban bersama CW. Butts dan Drian yang cuba membunuh Watt turut dikejar oleh Sang Serigala Bottle yang sudah mendahagakan kill. Kiboy yang berseorangan mempertahankan base tidak mampu berbuat apa-apa dan memberikan kemenangan kepada pasukan Aerowolf.

PERLAWANAN KEDUA

Beatrix diberikan kepercayaan kepada Onic Esports di perlawanan kedua ini. Karakter ini membuat kemunculan yang pertama di arena MPL Indonesia kali ini. Onic Esports cuba fokus kepada objektif di perlawanan kedua. Keempat-empat ahli pasukan mereka telah berkumpul untuk mendapatkan turtle yang pertama pada minit ke 2. Aerowolf tidak dapat menghentikan damage yang dikeluarkan oleh Onic Esports dan berundur. Fredoqt yang telah memasuki ke dalam turtle pit menjadi korban di dalam pertarungan itu. Seterusnya, Bottle dan Watt berjaya mendapatkan kill di bahagian lane masing-masing dengan bantuan dari Fredoqt pada minit ke 3.

Pertarungan di Lord yang pertama menjadikan situasi Aerowolf berubah dan berjaya mendapatkan kelebihan di perlawanan kali ini. Sanz pada mulanya berjaya dibunuh sewaktu beliau ingin mengambil purple buff. Kesempatan itu digunakan oleh Aerowolf untuk mendapatkan Lord. Onic Esports yang menyedari keadaan itu tidak mudah mengalah dan memberikan asakan demi asakan kepada Aerowolf. CW yang hampir berjaya mencuri Lord dan membunuh Bottle telah digagalkan oleh Bottle dengan retribution yang sangat tepat membunuh Lord. Seterusnya, beliau berjaya meningkatkan HP dari hasil retribution lalu menggunakan Blazing Duet untuk membunuh CW dan Drian. 

Pushing bersama Lord berjaya mendapatkan pasukan Aerowolf turret di bahagian dalam base Onic Esports. Seterusnya Aerowolf memberikan tekanan di bahagian tengah dan bawah base. Onic Esports yang kehilangan CW di awal pertarungan itu terus buntu untuk mempertahankan base mereka. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa dan kemenangan menjadi milik pasukan Aerowolf untuk perlawanan kedua ini. Permainan yang berdisiplin ditonjolkan oleh Aerowolf berjaya mendapatkan upset ke atas Onic Esports. Onic Esports yang dilihat kebal sebelum ini setelah mengalami kekalahan hanya pada satu perlawanan dengan EVOS Legends akhirnya tumbang juga.

 

RELATED NEWS

+