MPL: Kenapa Leixia tak main dalam lineup utama Team Bosskurr? Ini jawapannya

Team Bosskurr antara pasukan jemputan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Keenam yang mengalami perubahan mendadak bagi roster terkini mereka.

Hanya Perisai sahaja yang masih berada dalam lineup utama pasukan tersebut. Rush, 2ez4jepv, Logan, Leixia dan Syno tidak lagi bertanding dalam musim kali ini. Dalam satu video di Youtube, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia) ada memberitahu alasan tidak menyertai kejohanan kali ini.

Katanya ringkas, “Saya ingin fokus dalam bidang penstriman langsung dan platform lain (Youtube) atau bermain permainan mudah alih lain. Contohnya macam League of Legends: Wild Rift,” permainan keluaran Riot Games itu akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Dia juga ada mengatakan akan berehat satu musim dan ingin menjuarai MPL akan datang jika diberi peluang untuk bertanding lagi.

Akhir sekali dia mengharapkan lineup Team Bosskurr kali ini boleh pergi jauh dalam musim liga dengan memperkasakan lagi kemahiran, kerap berlatih dan rancang strategi dengan betul agar boleh menjuarai musim kali ini.

Leixia juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang memberi sokongan kepada Team Bosskurr selama ini.

MPL MY/SG Musim Keenam akan memulakan musim liganya pada 28 Ogos ini.

Enam pasukan Malaysia dan empat pasukan Singapura bertarung selama enam minggu sebelum lanjut ke playoff.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: 2ez4jepv

RELATED NEWS

+