MPL MY mengacah tiket perlawanan dan season pass

MPL MY musim ke-9 kini sudah memasuki minggu ke-3. Perlawanan di antara 10 pasukan terbaik Malaysia dimulakan pada 18 Februari lalu.

Ramai yang tertanya-tanya persoalan bagaimana para penonton ingin menonton secara live di EBN Esports City seperti yang dimaklumkan tempoh hari.

Kini, MPL MY mengacah tentang siaran langsung bakal diadakan tidak lama lagi dan tiket boleh mula dibeli bagi tiket perlawanan dan team season pass (TSP).

Pengumuman ini pasti membawa berita gembira kepada semua peminat MLBB di Malaysia. Terdahulu, musim kelapan dibuat secara atas talian untuk musim liga.

Adakah anda berminat untuk menonton pasukan kegemaran anda bermain secara langsung? Nantikan pengumuman tiket ini tidak lama lagi di laman MPL MY Official.

Sumber dan foto: MPL MY

RELATED NEWS

+