MPL MY: Team Caracal bina momentum

Permainan pertama MPL MY musim ke-9 menyaksikan Team Caracal akan menentang pasukan Geek Fam. 

Team Caracal memberikan LinkEzaa menggunakan Ling buat pertama kalinya. Sementara itu, pasukan Geek Fam memilih Hayabusa untuk digunakan oleh Burpyyy.

Di dalam fasa awal dan pertengahan permainan, Team Caracal mendominasi pasukan Geek Fam dari segi pemusnahan turret dan juga farming.

Geek Fam terpaksa bertahan dan mereka mampu menahan 2 Lord yang menuju masuk ke arah base mereka untuk memecahkan Crystal.

Namun begitu, perlawanan merebut Luminous Lord memihak kepada Team Caracal meskipun Neo harus mengorbankan dirinya. Team Caracal terus maju ke arah base pasukan Geek Fam dan mereka terus fokus ke arah crystal untuk menamatkan permainan pada minit ke-18.

Pasukan Geek Fam berjaya memenangi perlawanan kedua selepas mereka menggunakan Karina sebagai jungler.

Burpyy menggunakan barang tank dan menyebabkan Team Caracal sukar untuk menumbangkan dia. Meskipun dia menggunakan barang tank akan tetapi mudah sahaja dia menumbangkan ahli pasukan Caracal.

Perlawanan ketiga diteruskan dengan permainan yang agresif dari Neo dan juga Aim, mereka berjaya membantu Team Caracal mendapatkan objektif.

Pertarungan di turtle kedua menyebabkan Lancelot kehilangan power spike dan kekuatan Hayabusa LinkEsa semakin bertambah.

Team Caracal menggunakan peluang itu untuk memberikan tekanan dan terus melakukan snowball ke atas pasukan Geek Fam.

Lord pertama berjaya diambil oleh Team Caracal pada minit ke-9 dan mereka terus sahaja melakukan pushing ke arah base pasukan Geek Fam. Mereka kemudiannya menamatkan permainan pada minit ke-11.

 

 

RELATED NEWS

+