MPL MY: Team SMG mendominasi lagi

Permainan pertama pada hari ketiga MPL MY musim ke-9 menyaksikan pasukan SMG akan bertemu dengan pasukan RSG MY.

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mereka akan bermain perlawanan ketiga untuk menentukan kemenangan.

Pasukan RSG MY menggunakan Masha untuk mengganggu farming Harpist. Namun begitu, mudah sahaja pasukan SMG mematahkan serangan itu.

Team SMG mendapatkan momentum selepas mereka memenangi beberapa perlawanan dengan rotasi yang dilakukan oleh Valir dan Valentina.

Pasukan RSG MY semakin kehilangan fokus mereka dan Team SMG terus mendahului mereka dari sudut pengawalan peta.

Luminous Lord yang diambil pada minit ke-13 memberikan kemenangan kepada Team SMG.

Foto: Moonton Games

 

 

RELATED NEWS

+